Dekatlon Akademik Amerika Syarikat

Dekatlon Akademik Amerika Syarikat (atau United States Academic Decathlon dalam bahasa Inggeris) ialah salah satu pertandingan akademik utama bagi pelajar-pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat. Pertandingan ini diadakan di 39 negara di Amerika Syarikat dan juga British Columbia, Kanada.[1] Ia terdiri daripada sepuluh acara, termasuk tujuh ujian, dua persembahan dan menulis sepucuk esei. Ia dimulakan oleh Dr. Robert Peterson di Orange County, California bagi sekolah setempat pada 1968, tetapi dikembangkan menjadi pertandingan di antara negeri pada 1981.